Semua urusan penghantaran gambar dan sijil 2024 telah selesai melalui e-mail dan pos (kepada yang memilih untuk diposkan sahaja).
Anda juga boleh melawat portal peribadi anda untuk melihat gambar resolusi penuh, sijil perlaksanaan dan resit. Anda juga boleh melihat gambar sembelihan di link di bawah.
WAKAF MASJID RHATANAKIRI KEMBOJA
(Projek ini merupakan kerjasama pelbagai pihak di Malaysia dan Kemboja)
LOKASI : RATHANAKIRI, KEMBOJA (12 jam perjalanan dari bandar Phnom Penh, berhampiran sempadan negara Vietnam)
SASARAN : Masyarakat Islam minoriti pedalaman Rhtanakakiri, Kemboja.
KOS PROJEK : RM 250,000.00
KELUASAN : 2744 Kaki Persegi.
TEMPOH PEMBINAAN : 2013 - 2020
PERKEMBANGAN MASJID TERKINI : TELAH SELESAI DISIAPKAN
Gambar Ogos 2022
Tujuan : Menyediakan pusat pengajian ilmu agama dan akademi kepada pelajar sekitar
Rhatanakiri.
Penubuhan madrasah ini diwujudkan dengan matlamat diatas kesedaran bahawa kurangnya
golongan para hafiz di bumi Kemboja terutamanya di daerah Rhatanakiri yang bersempadan dengan
negara Vietnam, di samping berperanan menyampaikan ilmu-ilmu agama dan dakwah Islamiah
kepada masyarakat melalui pengajian kitab-kitab dan juga akademi.
Ia juga memberi pendidikan kepada golongan miskin yang tercicir dari menyertai skim pendidikan
negara Kemboja akibat kemiskinan.
Stuktur Pembinaan :
1 buah surau yang nerangkumi sebagai tempat ibadah dan tempat pengajian – telah dibina
1 buah bangunan kelas tambahan – belum dibina
2 buah rumah asrama pelajar – telah dibina
1 blok tandas/bilik mandi – telah dibina
Golongan Sasar : Remaja berumur 13 tahun ke atas dari golongan miskin sekitar Rhatanakiri.
Status : On going. (90% hampir siap)
Sudah mula menerima pelajar pada hujung 2021 yang lepas.
DANA TAMBAHAN TELAH DISALURKAN UNTUK PROJEK INI PADA TAHUN 2022 : RM 6000.00
Antara Penerima Dana Selenggaraan 2022
Banyak projek projek pembangunan masjid dan surau di Kemboja saban tahun, tetapi hampir kesemuanya tidak mempunyai dana untuk penyelenggaraan dan baik pulih. Inisitiatif ini dilaksanakan bagi membantu Masjid-Masjid dan Surau-Surau yang telah dibina untuk dibaikpulih dan diselengarakan dengan baik. Setiap tahun kami memilih antara 4 ke 5 buah masjid/surau untuk menerima dana ini.
JUMLAH DANA DIKELUARKAN PADA 2022 : RM 3711.00
Bantuan Membeli Tanah Wakaf
Wakaf Pembelian Tanah Untuk Pembinaan Sekolah Agama Kg Chher Tealploush,
Wilayah Kratie, Cambodia
Tujuan : Menyediakan pusat pengajian ilmu agama dan akademi kepada pelajar sekitar Kg Chher Tealploush,
Wilayah Kratie.
Penubuhan madrasah ini diwujudkan dengan matlamat menyampaikan ilmu-ilmu agama dan dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui pengajian kitab-kitab dan juga akademi.
Ia juga memberi pendidikan kepada golongan miskin yang tercicir dari menyertai skim pendidikan
negara Kemboja akibat kemiskinan.
Golongan Sasar : Kanak-Kanak 7 tahun ke atas.
Status : On going.
Projek dibawah naungan jawatan kuasa kg berkenaan, Pihak Salam Akikah Korban hanya membantu dalam mengumpulkan dana bagi tujuan pembelian tanah sahaja.
Madrasah Darul Quran
Jumlah derma yang berjaya dikutip adalah RM 8256.00
Bagaimana ia dibahagikan :
Pembangunan Madrasah Darul Quran di Rhatanakiri Cambodia.
Apakah Madrasah Darul Quran ini :
Ia merupakan madrasah tahfiz bagi penduduk miskin islam sekitar Rhatanakiri, ia ditubuhkan bagi memberi peluang anak-anak penduduk sekitar yang tercicir dari sesi persekolahan kebangsaan untuk mendalami pengajian agama Islam
Jumlah pelajar sedia ada : 40 orang murid yang menetap.
Dana digunakan untuk :
1- Pembiayaaan makanan bagi sesi pengajaran tahun 2023
2- Dana pembinaan tempat pengajian pelajar perempuan.
Buat masa ini hanya pelajar lelaki sahaja yang diterima sebagai pelajar. Dengan pembinaan bahagian wanita, matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar wanita turut serta dalam pengajian untuk tahun sesi 2024.
3- Projek ini merupakan kesinambungan dari Projek Masjid Salam Rhatanakiri dan pembinaan Madrasah Darul Quran yang bermula sejak 2016 lagi. Kedua projek ini telah siap dilaksanakan.
4- Dana wakaf ini adalah dari sumbangan para peserta qurban dan juga funding dari Salam Akikah Korban sendiri. (Lihat kaporan di bahagian bawah laman web)
Keseluruhan dana yang dikutip untuk tahun 2023 diserahkan kepada Ustaz ghoni untuk tujuan ini.
Free AI Website Maker