Tentang Kami

MISI
MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN DAN AKIKAH DENGAN MUDAH DAN YAKIN, DALAM MASA YANG SAMA MEMBANTU MENAIKKAN TARAF SOSIO EKONOMI PENDUDUK MISKIN DI KEMBOJA.

Mobirise

SALAM AKIKAH KORBAN
SSM : 201303172864 (002240949-A)

Salam Akikah Korban adalah sebuah syarikat berdaftar dengan SSM dengan nama AKIKAH KORBAN ENTERPRIZE (002240949-A). SALAM AKIKAH QURBAN merupakan nama penjenamaan kami. Kami berpengalaman melaksanakan program akikah dan qurban di Kemboja sejak dari tahun 2010 lagi. Kami menyediakan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Akikah dan Qurban untuk rakyat Malaysia. Kami juga turut menjalankan projek pembinaan utiliti dan masjid di negara Kemboja. Walaupun kami berstatus syarikat, kami banyak memfokuskan kepada projek-projek komuniti dan pembangunan infrastruktur terutamanya untuk pendidikan di kawasan pedalaman Kemboja.

Kami melaksanakan program stimulasi ekonomi melalui penternakan dikalangan petani yang rata-ratanya miskin dan daif di sana.

Kami juga menyalurkan bantuan berbentuk pembangunan infastruktur dan biasiswa pendidikan.

Antara projek yang kami laksanakan adalah :

1- Pembinaan Pusat Ibadah dan Masyarakat Rhatanakiri, Kemboja. (Melalui pembiayaan bersama individu dan agensi lain).
2- Biasiswa pelajar di Madrasah Al-Iman, Prek Pra, Kemboja.
3- Projek baik pulih sekolah tadika masyarakat.
4- Pembelian solar panel dan sistem siar suara kepada beberapa buah surau dan sekolah di pedalaman Kemboja.
5- Pembinaan telaga komuniti.
6- Pembelian bahan bacaan dan buku serta alat tulis kepada sekolah.
7- Tajaan jersi bola sepak dan peralatan sukan kepada kumpulan belia.
8- Dana selengaraan masjid dan surau seluruh Kemboja.

POLISI PEMULANGAN SEMULA WANG

SEMUA TEMPAHAN BOLEH DIBATALKAN DALAM MASA 3 HARI BEKERJA ATAU SEBELUM PERLAKSANAAN DILAKUKAN. SILA HUBUNGI TALIAN 03-86037487 UNTUK PROSES PEMULANGAN SEMULA WANG. SEKIRANYA PERLAKSANAAN TELAH DILAKUKAN, TIADA PEMULANGAN WANG AKAN DILAKUKAN.

POLISI PERLINDUNGAN DATA MAKLUMAT
Maklumat peribadi anda akan dirahsiakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi.

PASUKAN KAMI
Semua yang terlibat merupakan sukarelawan yang tidak berbayar. Kami mempunyai kerjaya masing-masing dan melaksanakan projek ini sekali setahun sahaja, iaitu pada Musim Qurban.

Pengurus Projek :
Saudara Arif Hakim Aziz

Pegawai Penasihat Perlaksanaan :
Saudara Isa Bin Nordin
Saudara Mohd Ali Rizal

Eksekutif Pentadbiran :
Mohd Effendi Aziz

Kordinator Perlaksanaan :
Saudara Hakim Tolos
Saudara Abdul Ghoni 

Mobirise

Pendaftaran SSM

Waktu Operasi :
  • Salam Akikah Korban
    Pendaftaran Online 24jam.
  • Support : 9am- 5pm
  • Pendaftaran Online Sepenuhnya.
Hubungi :
  • Talian Am : 03-86036579
  • Support Whatsapp :
  • 011-5658 6430
Alamat :
  • Salam Akikah Korban
  • Avenue Business Center
  • Persiaran Wawasan 47100
    Puchong, Selangor
Pendaftaran SSM :

No Code Website Builder