AW-984896041
Mobirise Website Builder

SEMUA QURBAN DAN AKIKAH TELAH SIAP DILAKSANAKAN

📌 Semak status terkini dengan klik pada butang SEMAKAN di bawah

📌Proses penghantaran gambar kepada peserta sedang dilaksanakan dan dijangka mengambil masa antara 7 ke 14 hari.

📌 Gambar akan dimuat naik ke portal peribadi peserta dan akan dimaklumkan melalui e-mail kepada peserta setelah tersedia.

Mobirise Website Builder

Seruan Qurban/Akikah Amal 2026

📌 RINGKASAN MISI
Sebanyak 151 ekor lembu berjaya dikumpulkan tahun ini.Derma wakaf yang berjaya dikumpulkan adalah RM 5,393.11.Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penyertaan dan sumbangan anda.

Semoga daging Qurban dan Akikah ini membawa keceriaan kepada saudara se-Islam kita yang memerlukan.

📝 SEMAKAN PENDAFTARAN
Anda boleh menyemak semula e-mel terdahulu yang mengandungi pautan ke portal peribadi anda.
Di portal tersebut, anda boleh melihat:
• Resit digital
• Maklumat pendaftaran
• Sijil
• Gambar pelaksanaan (akan dimuat naik kelak)

📆 JADUAL & KEMAS KINI
Sembelihan dijadualkan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei 2026. Kemas kini secara langsung tidak dapat dilakukan kerana:
• Lokasi di pedalaman
• Jumlah peserta yang ramai
• Fokus kepada pelaksanaan sembelihan

Namun, status akan dikemas kini setiap malam jam 8 malam sepanjang Hari Tasyrik melalui laman semakan yang sama. Jika anda mengamalkan sunat tidak memotong kuku dan rambut, anda disarankan menyemak status sembelihan sebelum menamatkan tempoh sunat tersebut. InsyaAllah, semua sembelihan akan selesai pada 29 Mei 2026.

📷 GAMBAR SEMBELIHAN
Gambar dan sijil pengesahan wakil penduduk akan dihantar melalui e-mel dan dimuat naik ke portal peribadi peserta sebaik sahaja kami menerimanya dari Kemboja. Jangkaan dalam Proses penghantaran gambar kepada peserta dijangka mengambil masa antara beberapa hari hingga dua minggu dari hari sembelihan.

🤲 AKHIR KATA
Sahabat yang dirahmati Allah SWT sekalian,
Kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam pengurusan pendaftaran. Amanah anda adalah tanggungjawab kami, dan InsyaAllah kami akan melaksanakannya sebaik mungkin.
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda dan keluarga. Semoga Allah menerima ibadah kita semua dan melimpahkan rahmat-Nya ke atas kita.

Team Salam Akikah Korban 2026

salam akikah korban


APA BEZA KAMI DENGAN YANG LAIN
KAMI ADA SERTAKAN BUKTI GAMBAR & SIJIL
💯
✅Gambar sembelihan lembu dengan nama peserta.
✅Sijil pengesahan (imam masjid sembelihan).

Mobirise Website Builder
Waktu Operasi :
  • Salam Akikah Korban
    Pendaftaran Online 24jam.
  • Support : 9am- 5pm
  • Pendaftaran Online Sepenuhnya.
Hubungi :
  • Talian Am : 03-86036579
  • Support Whatsapp :
  • 011-5658 6430
Alamat :
  • Salam Akikah Korban
  • Avenue Business Center
  • Persiaran Wawasan 47100
    Puchong, Selangor
Pendaftaran SSM :

AI Website Generator